Malah, berat badannya juga sudah bertambah kepada 21 kilogram berbanding 15 kilogram semasa ditemui terkurung di Taman Semarak, Nilai, 21 Jun lalu.
Pada kunjungan itu, Salbiah selaku Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti) berkesempatan melayan karenah Firdaus termasuk menyuap kuih raya kepadanya.
Menurut Salbiah, beliau gembira melihat perkembangan Firdaus kini.
“Terima kasih Hospital Tuanku Ja'afar kerana beri penjagaan amat rapi kepadanya. Saya harap Firdaus dapat menikmati kehidupan lebih baik selepas ini,” katanya. - Sinar Harian