Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Azmi Idris, berkata pelanggan juga akan diberikan nasihat mengenai aspek penyelenggaraan enjin dan kereta serta tunjuk ajar mengenai kaedah membezakan alat ganti tulen dan tiruan, selain hadiah sebagai tanda penghargaan.
"Proton mengambil serius keselamatan dan keselesaan pelanggannya. Melalui perkhidmatan dan tawaran yang disediakan sempena kempen ini, kami berharap dapat menyumbang ke arah mewujudkan kesedaran kepada pelanggan dan pengguna jalan raya mengenai pentingnya penyelenggaraan kenderaan dan keselamatan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Proton, semalam.
Program anjuran bersama Petronas itu adalah sebahagian daripada kempen Petronas Coffee Break.
Azmi berkata, menerusi program itu, Proton berharap dapat membantu mengurangkan kes kemalangan jalan raya yang kerap berlaku pada musim perayaan.
Katanya, hari ini pasukan Proton akan berada di Petronas 15.3 KM, stesen NKVE Damansara untuk pemeriksaan keselamatan percuma. -BH