Kehadiran mereka berdua telah menjadi tumpuan ramai lebih-lebih apabila melihat kemesraan yang dipamerkan. Berpegangan tangan, berpeluk pinggang dan bertepuk tampar, Zul dan Ayda tampak seperti pasangan kekasih.
Gambar-gambar yang diambil oleh peminat mereka ini jelas menunjukkan kemesraan. Para peminat sendiri tampaknya merestui sekira mereka mempunyai hubungan lebih daripada sekadar kawan. Kebanyakan peminat melahirkan rasa teruja.
Apa kata anda? Sesuaikah sekiranya Zul dan Ayda benar-benar bercinta? Bak pinang dibelah dua kan? Lagi beberapa gambar bintang drama Rindu Awak 200% ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Terima kasih kepada para peminat yang menjadi paparazi penuh gaya untuk menangkap aksi mereka berdua.