Nabilah Yusra berkata, dia terpaksa tampil memberikan penjelasan berhubung status arwah selepas beberapa pihak menyatakan arwah masih bujang sedangkan pernah berkahwin dengannya dan dikurniakan seorang anak.
“Selepas berpisah, saya bekerja sebagai jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala bekas suami bekerja di Belanda sebagai jurutera syarikat perkapalan.
“Ketika mendaftar perceraian di Mahkamah Syariah Segamat, arwah pernah berkata ingin melihat anaknya dan dia sepatutnya berbuat demikian ketika pulang 17 Julai lalu. - Harian Metro