Shaikh Mohd Noor adalah satu-satunya anak kapal yang masih belum dibawa pulang selepas 14 rakannya yang lain sudah bersemadi dengan ‘tenang’.
Madiani yang juga pramugari MAS berkata, setakat ini, dia diberitahu oleh pihak MAS suaminya masih belum dikenal pasti.
“Walaupun penantian itu satu penyeksaan, saya tetap menunggu kepulangan suami, pasti ada hikmah di sebaliknya kenapa sehingga sekarang jasadnya saja yang tidak dapat dikenal pasti berbanding anak kapal lain.
“Kadang-kadang saya ada terfikir mungkin suami saya masih hidup, jika benar ia berlaku, saya doakan dia sentiasa dilindungi Allah SWT walau di mana jua dia berada,” katanya.--Hmetro