Artis: Waris Saloma terasa pedih

Kuala Lumpur: Waris kepada Biduanita Negara Allahyarham Puan Sri Saloma kesal dengan filem biopik Saloma yang memberikan gambaran negatif dan tidak tepat di mana ia dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada generasi akan datang.

Perkara itu didedahkan Arzanee Armalie, 37, cucu kepada biduanita berkenaan atau nama sebenarnya Salmah Ismail apabila ada segelintir pihak yang sewenang-wenangnya menyentuh peribadi keluarganya dan dianggap untuk kepentingan sendiri.



“Filem itu juga seolah-olah memperbodohkan keturunan nenek (Saloma), termasuk bapa (Armalie Arman Ramli ) apabila menayangkan watak tidak benar membabitkan penagih dadah.

“Gambaran yang dipaparkan rata-ratanya berunsur negatif dan tidak benar sama sekali,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini, semalam.

Katanya, dia tertekan dengan perkara itu dan tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan khalayak memandangkan imej keluarganya tercalar berikutan tayangan filem terbabit.

“Perkara yang paling dikhuatiri apabila masyarakat memandang buruk terhadap generasi Allahyarham Puan Sri Saloma akan datang termasuk anak-anak saya, ” katanya. --Hmetro

Visitor Online