Merajuk dalam kereta

Selepas pelbagai usaha dilakukan penduduk untuk memujuknya keluar dari kereta itu kerana bimbang keselamatannya menemui kegagalan, mereka menghubungi wartawan untuk memaklumkan mengenai keadaan lelaki itu, kelmarin.



Wartawan yang bergegas ke lokasi sebaik menerima berita itu juga berdepan situasi sukar apabila usaha memujuknya menemui jalan buntu biarpun selepas enam jam cuba mengajaknya keluar dari kereta yang menjadi kediamannya.

Malah, ikhtiar yang turut disertai Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama beberapa penduduk juga gagal kerana dia langsung tidak mahu memberikan kerjasama, malah mengherdik orang ramai di situ supaya beredar dan tidak mahu diganggu.-Hmetro

Visitor Online