Mengikut Honda, sejumlah 2,033,000 unit kenderaan yang dikeluarkan antara Ogos 2000 hingga Disember 2005 termasuk lebih sejuta unit di Amerika Utara dan 668,000 di Jepun terbabit dengan panggilan semula itu.
Sebanyak 13 model terbabit dengan panggilan semua itu termasuk model popular Fit (Jazz di Malaysia) dan Accord.
Kecacatan sistem itu boleh menyebabkan kelalang yang menyimpan pengembang beg udara pecah apabila berlaku kemalangan, mendedahkan risiko kebakaran atau mencederakan penumpang.
Kecacatan sistem pengembang beg udara menyebabkan pengeluar automotif terbesar dunia membuat panggilan semula berjuta kenderaan sebelum ini.
Toyota dilaporkan membuat panggilan semula itu selepas menerima aduan daripada pelanggan di Jepun bahawa penumpang depan sebuah kenderaan terbakar berikutan kecacatan sistem itu.
Bagaimanapun, Honda berkata, syarikat itu tidak menerima sebarang aduan kecedaraan berhubung kecacatan sistem itu. - AFP -Bharian