Bagaimanapun baru-baru ini Sha dapat tahu isteri Syamsul Yusof ini pernah keguguran. Khabarnya, kejadian itu berlaku ketika kandungan berusia dua bulan. Sumber yang menyampaikan cerita ini pun tahu pada Ramadan lalu.
Bagaimanapun, hanya mereka yang rapat dengan pasangan itu tahu dan entah macam mana bocor ke pengetahuan sumber Sha. Katanya, tak pasti pula sama ada Sarah mengalami keguguran itu sebelum atau ketika bulan puasa.
Setahu Sha, pasangan ini menunaikan umrah Ramadan lalu dan jika berita sedih ini benar, mungkin berlaku sebelum Ramadan lalu.
Kalau benar cerita ini, harap pasangan ini banyak bersabar. Mungkin belum ada rezeki untuk mereka menimang cahaya mata. Lihatlah ujian ini dari sudut positif dan terima dengan hati terbuka.
Insya-Allah, selepas ini rumah tangga pasangan sama cantik sama padan ini akan tambah berseri dengan kehadiran si comel. Sama-samalah kita berdoa. Amin. --Hmetro