Remaja didakwa bunuh jiran warga emas

Kota Tinggi: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh jirannya, seorang wanita warga emas berusia 62 tahun.

Remaja berkenaan didakwa melakukan perbuatan berkenaan di rumah mangsa di Felda Lok Heng Barat pada 12.05 tengah hari 22 Julai lalu.



Dia didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Jariah Abu Bakar.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang sudah berhenti sekolah.

Pendaftar mahkamah, Hairul Azhar Muhamad menetapkan 18 September depan sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Natassa Zaini.--Hmetro

Visitor Online