Pemain tengah Jerman itu boleh dibeli pada harga £24 juta namun kelab yang mendapatkanya perlu memberikan gaji seperti yang diterima di Real Madrid.
Ia juga bermakna Khedira merupakan pemain yang menerima gaji tertinggi di Arsenal.
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang sedang membuat percaturan menguatkan jentera tengah skuadnya turut meminati rakan pasukan kebangsaan Khedira, iaitu Lars Bender.
Bagaimanapun Laverkusen tidak akan menjual pemain terbabit malah dijangka sedia melanjutkan kontraknya ke satu tempoh lebih lama.
Sehubungan itu, Sami Khedira kini merupakan pemain sasaran utama Wenger dalam memantapkan barisan tengah. -Mstar
Komen Admin: Nampaknya pasukan Arsenal melabur besar untuk pembelian pemain baru dalam mengejar kejuaraan EPL season depan .Apapun kita tunggu dan lihat sejauh manakah Arsenal akan dapat mara dengan pemain handalan baru mereka.Terbaik Arsenal.