Ini adalah kali kedua Oranje beraksi pada penentuan tempat ketiga. Pada 1998, Belanda tewas 1-2, di tangan Croatia.
Jaringan pembukaan Belanda muncul pada minit ketiga perlawanan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Robin van Persie.
Penalti itu diperoleh selepas ketua pasukan Brazil, Thiago Silva menjatuhkan Arjen Robben, dalam kotak penalti.Kesebelasan Brazil yang turun bagi mengubati luka penyokong mereka selepas tewas 1-7, di tangan Jerman, kemudiannya dikejutkan pula dengan jaringan kedua Oranje pada minit ke-17.
Ketika Brazil tampak bagaikan berkeupayaan untuk memperoleh jaringan dengan serangan bertali-arus, gawang tuan rumah sekali lagi bocor menerusi Georginio Wijnaldum, pada minit ke-90.
Bagi perlawanan ini, Luiz Felipe Scolari melakukan enam pertukaran dengan menyenaraikan semula Thiago Silva - tidak turun kerana digantung satu perlawanan apabila Brazil tewas memalukan di tangan Jerman.
Maxwell pula membuat kemunculan pertama di Piala Dunia menggantikan Marcelo manakala Willian turut disenaraikan dalam kesebelasan pertama buat pertama kali.
Ramires dan Paulinho, yang masuk di babak kedua ketika bertemu Jerman disenaraikan dalam kesebelasan utama, begitu juga Fred dan Marcelo.
Jurulatih Belanda, Louis van Gaal hanya membuat satu pertukaran dengan menyenaraikan Nigel de Jong. -Harian Metro
Komen admin : Sekali lagi pasukan Brazil dilihat tidak konsisten selepas kekalahan besar dengan Germany sebelum ini dibawa keperlawanan semalam untuk tempat ke tiga dan empat apabila kalah mudah 3-0 dengan skuad Belanda.Apapun tahniah buat pasukan Belanda.Syabas.