Demikian kata Adam, anak Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin, 38, ketika mengetahui ayahnya dibebaskan dari penjara negara itu petang semalam.Bagaimanapun, ibu kanak-kanak itu, Shalwati Norshal, 46, dijangka dibebaskan tiga bulan lagi.
Mahkamah Daerah Solna di Stockholm pada 28 Mac lalu menjatuhi hukuman penjara 10 bulan terhadap Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati kerana didakwa memukul empat anaknya.
Kerinduan terlerai.Adam, anak ketiga daripada empat beradik berkata, kerinduan terhadap ayahnya sejak terpisah hampir sembilan bulan lalu, akhirnya terlerai selepas dibebaskan.
“Ini hadiah saya paling hebat dan saya tidak sabar untuk berjumpa ‘daddy’ pada Selasa ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Kakaknya, Aishah, 15, berkata penantian mereka empat beradik selama ini berakhir apabila bapanya dibebaskan.
“Walaupun masih belum berjumpa daddy, ia sudah cukup menggembirakan kami apabila daddy sudah dibebaskan.Mahu peluk daddy
“Kami akan menyambut kepulangan daddy di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa ini dan perkara pertama yang kami akan buat adalah memeluk daddy.
“Saya akan mengucapkan “I love u daddy" (saya sayang ayah) berkali kali supaya daddy tahu betapa kami merindui dan sayangkannya,” katanya. -- Sinar Harian