Penduduk Palestin berkata, antara yang terbunuh dalam serangan baru itu ialah lapan anggota keluarga selepas rumah mereka turut dibom.
Ia menjadikan keseluruhan sasaran yang dibom kepada 750 dalam masa tiga hari serangan besar-besaran dilancarkan.
Sekurang-kurangnya 75 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh itu setakat ini.
Jurucakap tentera Zionis itu juga berkata, pihaknya sudah menggerakkan 20,000 anggota pasukan simpanan bagi kemungkinan melancarkan operasi darat di Gaza. - Harian Metro
Komen Admin : Doa admin kepada penduduk Gaza semoga tabah menghadapi ujian ini dan diharap kedua-dua pihak ada jalan penyelesaian yang lebih baik dari menggunakan ketenteraan.