Tidak terkecuali buat keluarga Nabila Huda dan ayahnya, Amy Search. Mereka yang pernah bergaduh besar beberapa bulan lalu dek kerana kata-kata pedas lagenda Rock itu menerusi komennya di laman Instagram Nabila, hubungan anak dan bapa antara mereka kini sudah pulih semula malah lebih erat berbanding sebelum ini.
Buktinya, Nabila Huda bersama anak perempuannya, Kheisya Laila telah membuat kejutan dengan menyambut hari ulangtahun kelahiran Amy Search buat kali yang ke-56.