Jawapan ini boleh dianggap cuma satu gurauan nakal memandangkan semua wanita Malaysia sudah tahu bahawa KJ merupakan menantu bekas PM kita, Pak Lah namun ia tetap menarik perhatian hingga mendapat banyak retweets.
Namun apabila KJ memberikan respon bahawa dia sendiri terhibur dengan usikan tersebut dengan mengarahkan supaya wanita ini diberikan hadiah berupa baju Malaysian Heroes, penyiasat tak bertauliah di media siber mula menyelidik pemilik akaun Twitter tersebut.
Hasilnya adalah gambar-gambar Ratu Selfie atau Syasya Mahmud dalam pelbagai persalinan yang diambil daripada laman sosial miliknya. -Sumber