Pada masa sama, mahkamah turut memerintahkan tertuduh ditahan di Hospital Permai, Tampoi, Johor sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Mohamed Kamil berkata, beliau berpendapat pihak pembelaan berjaya membuktikan pembelaan ketidaksempurnaan akal mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan pada imbangan kebarangkalian.
“Berdasarkan keterangan di hadapan mahkamah dan nas undang-undang sedia ada, saya berpendapat pada imbangan kebarangkalian. Ketika kejadian tertuduh mengalami kemurungan psikotik akibat daripada ‘shared delusion’ (delusi yang dikongsi) menyebabkan tertuduh tidak dapat mengetahui tindakannya menyalahi undang-undang,” katanya.-Hmetro